2009-11-22

HARI BAHAGIA KU DAN DIA

:monday: hAROOO......

hUUH..sungguh lama blog ini bersawang..... rasanya boleh dijadikan tempat persembunyian segala jembalang.. hehhehe.... w'bgaimana pun hr ni tetap mo update ini belog....

Kali ni sy akan postkan entry paling best & terpanjang selama sy berbloging sebagai hukuman x apdet belog. hehehhe tu pun klu ada yg sudi singgah. Ok straight 2 da point. Entry ni sgt istimewa bg sy n hubby sbb sy akan postkan kisah hari perkahwinan kami.

Hari ni da 17 hari saya bergelar istri kepada Arman Shah B. Mohamad selama 9 tahun kami menanti saat bersejarah ini. Macam2 perkara suda kami lalui & impian kami untuk sampai ke jinjang pelamin telah pun terlaksanaa.... thanx kepada mumy & bapa yg sangat memahami dan merestui hubungan kami selama ni.

:mimio27::mimio46::mimio41::mimio21::mimio08:

Majlis Akad Nikah
06.11.2009
Kg. Sembulan Tengah
Pada 06.11.09 yang lalu, kami selamat diijabkabul dengan sekali lafaz akad nikah oleh hubby pada jam lebih kurang 2.20pm. Walaupun suasana agak sebak dan gementar tapi imam(tok kadi) berjaya merubah suasana tym tu jadi suasana nikah yg paling happening rasanya. Pada mulanya sy agak kurang yakin dengan sekali lafaz itu memandangkan huby yg agak gagap a/bila gementar. Tp syukur laa... teda apa yang x diingini terjadi sepanjang majlis diadakan. Cuaca pada hr tu sangat cerah.. secerah suasana dalam hati kami berdua... majlis akad nikah ni, diadakan dengan serba sederhana tapi meriah & dihadiri oleh keluarga terdekat & jiran².

Malam Berinai
06.11.2009 (08.00pm)
Kg. Sembulan Tangah
Selepas majlis akad nikah selesai, suma family sibuk untuk sediakan majlis malam berinai plak... yang berlangsung pada jam 08.00 malam. Sudah menjadi lumrah dan adat bagi pengantin melayu untuk mengadakan majlis ni selepas majlis akad nikah cuma bezanya kami mengadakannya pada hari Jumaat malam yang kebiasaannya diadakan pada hr Sabtu malam... dan ia disusuli dengan berzanji dan marhaban. Majlis ni.. diadakan pada 2 hari n 2 tempat yang berbeza tapi dlam masa yang sama... maksudnyaa... pihak lelaki adakan majlis ni pada hari sabtu d kediaman pengantin Kg. Likas. Malam ni adalah kali pertama sy d hias dr hujung rambut sampai hujung kaki dan ada yang cakap sy macam ikan duyung daa... tp x kesah sbb sy hepi mlm tuu dengan penampilan yang sangat berbeza dr biasa. Selepas jak majlis tuu.. agak lewat malam c kit... upacara beradak + berinai pun dilaksanakan oleh macik hana, macik jue & macik ijaa.... satu malam tdur ngan inai n bedak sungguh tidak selesa.. tp sy tetap tidur cam besa memandangkan sa penat n hepi.. heheheh

Hari Persandingan
08.11.2009
Dewan Sa'dah Wisma MUIS
Tiba laa hari yang dinanti2 kan oleh para tetamu iaitu Majlis Persandingan sebagai majlis kemuncak Majlis Perkahwinan kami. Majlis ni diadakan dengan sederhana tapi meriah, dihadiri oleh kawan2 & saudara2.... Tema yang dipilih ialah 'Blue+Pink' sebagai simbolik kepada 'Cinta Sejati' yang mana warna biru selalunya dikaitkan dengan sejati manakala pink pula adalah warna2 ceria, sayang, romantik dan sebagainya. Persandingan kami agak sedikit terlambat dr aturcara disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan... tym ni.. sy sangat gemuruh bila diarak ngan hubby ke pelamin. Soal perasaan, tuhan saja yang tau.... rasa gembira yang teramat sangat & rasanya.... teda tandingan dengan mana2 kegembiraan sebelum ni... mayB sebab kami da menang harungi zaman kapel... n sampai Jinjang pelamin walaupun org cakap cinta pertama jarang sampai ke jinjang pelamin tapi sy dah buktikaannn ia jadi realiti.. hehehhe.. bukan la ckp b4 this sy x pernah bercinta.. cuma... sy mula rasa sayang ngan huby dr 1st tym nampak dia semasa ikut rombongan mendaki gunung kinabalu 9 tahun yang dulu tanpa kenal isi hati n latar belakang, perasaan yang sangat berbeza dr yg sebelum nii....... Ntah kenapa, naluri ingin berkenalan semakin berkobar2 mungkin itu la petanda jodoh sy kot.... & d jadikan cerita sebagai perempuan sifat keegoan harus dipertingkatkan sampai satu hari lafaz lamaran terucap dr bibir si dia yang sememangnya amat di nanti2 kan oleh sy (hehehhehehe......) dan kami mula mengenali hati budi masing² selama 9 tahun. Walaupun sebelum lamaran tuuu kami cuma berkawan cam besa n x lebih dr tuu... dr saat tu juga sy cuba berubah dr perwatakan tomboy kepada perempuan sejati semata2 untuk dia.... huuuhh.. tu jak laa... sampai mlm x abis sy cerita kisah 9 tahun ni.. hehhehe so take alook la that pikce2 k....

Dr saat itu, bermula laa... episod hidup kami yang baruu dalam menjalani kehidupan harian sebagai suami isteri.... yg semengnya kami telah bersedia untuk apa saja yang dtg kpd kami... sya juga bersyukur dikurniakan suami yang sangat memahami & menyayangi sy dan juga keluarganya yang sangat mengambil berat... sy sayang dorang sumaa... macam sy sygkan keluarga sy sendiri... that's all...

C yaaa.....

PhotobucketPhotobucket

2 comments:

Anonymous said...

anduiiiii amin...heheheh dulu ko tomboy aaaa...happy for both of u... :)Giordano Alba bah nie...ehehhe

ryoko_kouru said...

ar..ar.. yatz... tp itu dulu.. b4 kenal ngan c arman nii.. sy byk berubah sbb diaa.. w'pun dia selesa tym sa jd tomboy

Post a Comment